Monday, May 18, 2009

Kundasang,Ranau


Kundasang is one of the favourite place in Sabah, which takes about 2 hours trip from Kota Kinabalu City.You can see the Mount Kinabalu clearly from here. The feel cannot be explained,it is so beautiful.
Kinabalu Park located in Kundasang.you can enjoy the mountain view, Flora and founa from here.
Between trip from Kundasang to Ranau you can see Kundasang people(Dusun)selling their fresh vegetable and fruit.
You must don't forget Hot water Poring, located about 15 km from Ranau, enjoy the hot water which is believe can cure some of skin problem.

Saturday, May 16, 2009

KUDAT - Tip Of Borneo



Kudat terletak di utara hujung kepulauan Borneo. Jarak perjalanan lebih kurang 190KM dari pusat Bandar Kota Kinabalu bersamaan dengan 3 jam perjalanan. Disebelah barat, Kudat menghadap laut Cina Selatan manakala sebelah timur menghadap laut Sulu.

Populasi Kudat mencapai 70,000 orang penduduk terdiri dari suku kaum utama kaum Bajau Ubian , selain itu suku kaum lain adalah suku kaum minoriti Rungus,,Suluk, Bajau, Dusun, Murut, Bugis, dan Melayu.

Kudat mempunyai khazanah laut yang masih dara dan terpelihara. Antara tempat paling menarik adalah Simpang Mengayau. Simpang Mengayau mempunyai laut biru kehijauan beserta pasir yang putih asli mempunyai keunikan sendiri dan sudah pasti tidak biasa terdapat di mana-mana pantai. Suasana tenang pasti mengamit para pengunjung. Simpang Mengayau masih belum diterokai sepenuhnya.

Jalan-jalan Di KK



Untuk post kali ini, saya akan membawa sekalian semua untuk makan angin di sekitar bandaraya Kota Kinabalu. Barangkali, ramai juga yang terkejut dengan kepesatan bandaraya ini sekiranya mereka berpeluang untuk melawat negeri ini. Apa tidaknya, jika dulu ramai rakan-rakan kita di semenanjung membayangkan orang sabah tinggal di kawasan yang bergunung-ganang jauh dari kepesatan bandaraya kota metropolitan Kuala Lumpur. Memburukkan keadaan, ada sesetengah daripada mereka menggambarkan orang Sabah menghuni diatas dahan pokok besar yang merimbun dibawah kaki gunung kinabalu. Sayang sekali mereka hanya boleh menggambarkan begitu tetapi tidak berupaya untuk mengalami kehebatan negeri dibawah bayu ini. Tidak, kami orang sabah tidak tiggal diatas pokok besar tetapi ya kami memang mempunyai banyak khazanah pokok-pokok besar yang merimbun di Banjaran Crocker.

Seperti Bandaraya utama yang lain di semenanjung Malaysia, Bandaraya Kota Kinabalu sememangnya telah pesat membangun dengan kemudahan prasarana pengangkutan, penginapan, rekreasi, hiburan dan macam-macam lagi lengkap disediakan. Usah perlu rasa gusar tentang makanan kerana Kota Kinabalu sememangnya terkenal dengan Makanan Lautnya yang segar terus dari laut Cina Selatan dan Laut Sulu. Antara restoran yang terkenal ialah Kampung Nelayan yang terletak di Bukit Padang kira-kira 10 minit perjalanan dari Pusat Bandaraya. Sekiranya anda berdekatan dengan Kampung Air anda boleh menikmati makanan laut yang segar di Sri Selera Kampung Air yang dibuka dari 7 pagi hingga 2 pagi. Kunjugan ke dua-dua restoran tersebut sudah tentu membawa anda mengalami warisan seni Sabah melalui pertunjukan kebudayaan oleh Kaum-Kaum Utama di Negeri Sabah seperti Kadazan.

Sekiranya anda berminat untuk membeli-belah di Kota Kinabalu, berkunjunglah ke 1Borneo Hypermall yang menempatkan berpuluh-puluh kedai dibawah satu bumbung. Selain itu, berkunjunglah ke Warisan Square yang berhampiran dengan satu lagu pusat membeli-belah iaitu Centre Point. Sekiranya anda gemar dengan mutiara putih dari Sabah, ataupun ingin membeli cenderakenangan dari Sabah, berkunjunglah ke Pasar Filipina yang terletak berhampiran dengan pusat membeli belah Warisan Square. Terdapat kira-kira 11 pusat membeli-belah moden di Kota Kinabalu yang sudah tentu memuaskan kunjungan anda ke Negeri Dibawah Bayu.

Untuk post akan datang, saya akan membawa saudara menikmati suasana dihujung Pulau Borneo di Kudat. Sebelum itu, lihatlah gambar-gambar sekitar Kota Kinabalu.