A story of a Man indulges his heart and soul to the beautiful nature of North Borneo. Enjoying every trip so far, nothing in the eyes not special nor adventures. This is the place that truly Asia's adventures.
Saturday, May 16, 2009
Jalan-jalan Di KK
Untuk post kali ini, saya akan membawa sekalian semua untuk makan angin di sekitar bandaraya Kota Kinabalu. Barangkali, ramai juga yang terkejut dengan kepesatan bandaraya ini sekiranya mereka berpeluang untuk melawat negeri ini. Apa tidaknya, jika dulu ramai rakan-rakan kita di semenanjung membayangkan orang sabah tinggal di kawasan yang bergunung-ganang jauh dari kepesatan bandaraya kota metropolitan Kuala Lumpur. Memburukkan keadaan, ada sesetengah daripada mereka menggambarkan orang Sabah menghuni diatas dahan pokok besar yang merimbun dibawah kaki gunung kinabalu. Sayang sekali mereka hanya boleh menggambarkan begitu tetapi tidak berupaya untuk mengalami kehebatan negeri dibawah bayu ini. Tidak, kami orang sabah tidak tiggal diatas pokok besar tetapi ya kami memang mempunyai banyak khazanah pokok-pokok besar yang merimbun di Banjaran Crocker.
Seperti Bandaraya utama yang lain di semenanjung Malaysia, Bandaraya Kota Kinabalu sememangnya telah pesat membangun dengan kemudahan prasarana pengangkutan, penginapan, rekreasi, hiburan dan macam-macam lagi lengkap disediakan. Usah perlu rasa gusar tentang makanan kerana Kota Kinabalu sememangnya terkenal dengan Makanan Lautnya yang segar terus dari laut Cina Selatan dan Laut Sulu. Antara restoran yang terkenal ialah Kampung Nelayan yang terletak di Bukit Padang kira-kira 10 minit perjalanan dari Pusat Bandaraya. Sekiranya anda berdekatan dengan Kampung Air anda boleh menikmati makanan laut yang segar di Sri Selera Kampung Air yang dibuka dari 7 pagi hingga 2 pagi. Kunjugan ke dua-dua restoran tersebut sudah tentu membawa anda mengalami warisan seni Sabah melalui pertunjukan kebudayaan oleh Kaum-Kaum Utama di Negeri Sabah seperti Kadazan.
Sekiranya anda berminat untuk membeli-belah di Kota Kinabalu, berkunjunglah ke 1Borneo Hypermall yang menempatkan berpuluh-puluh kedai dibawah satu bumbung. Selain itu, berkunjunglah ke Warisan Square yang berhampiran dengan satu lagu pusat membeli-belah iaitu Centre Point. Sekiranya anda gemar dengan mutiara putih dari Sabah, ataupun ingin membeli cenderakenangan dari Sabah, berkunjunglah ke Pasar Filipina yang terletak berhampiran dengan pusat membeli belah Warisan Square. Terdapat kira-kira 11 pusat membeli-belah moden di Kota Kinabalu yang sudah tentu memuaskan kunjungan anda ke Negeri Dibawah Bayu.
Untuk post akan datang, saya akan membawa saudara menikmati suasana dihujung Pulau Borneo di Kudat. Sebelum itu, lihatlah gambar-gambar sekitar Kota Kinabalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment